Apakah
pilihan terminal?
Jawapan:
Terdapat 2 (dua) jenis terminal yang boleh dipilih iaitu terminal EDC
& terminal GPRS. Terminal jenis EDC dipilih sekiranya peniaga
mahu
mesin
diletakkan di kedai, manakala sekiranya peniaga
biasa membuat promosi
perniagaan secara booth,
terminal GPRS adalah pilihan terbaik.
Mudahkah
dikendalikan?
Jawapan:
Urusan pembayaran menggunakan mesin tersebut amat mudah dikendalikan.
Hanya acukan kad ke slot, dan ikuti arahan. Hanya 1 minit diperlukan
sebelum
urusniaga selesai dan resit dikeluarkan.
Berapa
hari duit akan dimasukkan ke akaun bank saya?
Jawapan:
Sekiranya akaun semasa perniagaan anda menggunakan akaun Ambank, duit
akan dimasukkan pada hari berikutnya. Contoh : Pelanggan anda swipe
hari Isnin, anda akan terima duit pada hari Selasa (selepas
ditolak cas MDR) .
Sekiranya akaun semasa selain dari Ambank, duit akan dimasukkan dalam
tempoh 3 hingga 5 hari bekerja.
Akaun
semasa yang tidak boleh dilakukan pindahan IBG?.
Jawapan:
UOB,
Al-Rajhi.
Saya
tiada pengalaman mengendalikan mesin.
Jawapan:
Latihan akan diberikan semasa pemasangan mesin dilakukan. Manual cara
guna mesin turut disertakan.
Jika
mengalami sebarang masalah, dengan siapa perlu berhubung?
Jawapan:
Jika berlaku masalah berkaitan mesin, hubungi Revenue. Jika
masalah berkaitan urusan akaun, peniaga
perlu hubungi pihak bank.
Saya
blacklist,
bolehkah saya memohon?
Jawapan:
Tidak boleh. Ini kerana, pembayaran memerlukan peniaga
memiliki
akaun bank. Kebiasaannya, individu yang disenarai hitam oleh bank,
tidak boleh
membuka akaun simpanan di mana-mana bank.
Bagaimanakah
cara memohon?
Jawapan
: Hubungi
admin atau isi BORANG
memohon.
Apa
dokumen-dokumen yang akan diisi?
Jawapan:
Merchant
agreement, Letter of Indemnity, Fee & Charges form dan
Visa/Master Application.
Apa
dokumen-dokumen yang diperlukan semasa memohon?
Jawapan:
Untuk syarikat milikan tunggal
/ perkongsian (Sijil SSM,
Fotokopi IC pemilik, penyata bank akaun). Untuk Sdn
Bhd (M&A,
Form 24, Form 49, penyata akaun).
Apa
pakej terminal yang ada?
Jawapan:
Terdapat
beberapa pakej yang ditawarkan untuk dipilih mengikut kesesuaian
dan keperluan para peniaga.
|